Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Ben Amir Akui Beliau ‘Atelophobia’

today30 October 2020

Background

Atelophobia adalah sejenis fobia di mana seseorang individu itu menunjukkan rasa takut yang ekstrem jika gagal untuk mencapai kesempurnaan dalam setiap tindakan.

Penghidap fobia ini kebiasaannya mengalami stress yang agak teruk terhadap apa yang mereka katakan atau lakukan.

Ia juga boleh membuatkan seseorang menjadi tidak yakin atau rendah diri dengan keadaan sekeliling.

Pada 29 Oktober, pelakon Ben Amir telah memuat naik satu hantaran di Instagram yang menunjukkan sebuat foto berwarna hitam dan putih dirinya dengan disertakan perkataan:-

 “Atelophobia, the fear of Imperfection. The fear of never being good enough” tulisnya

 Perkongsian itu diberi caption berbentuk pertanyaan, “Who’s with me?”

Menerusi ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen yang membina antaranya menyatakan bahawa setiap orang mempunyai kekurangan tersendiri.

Oleh itu, tidak perlu merasa rendah diri, kerana dengan kekurangan yang dimiliki, seseorang itu akan berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik.

Tidak perlu sampai ke tahap sempurna, yang penting hargailah diri sendiri.

Semoga Ben Amir tidak menjadikan fobianya sebagai sesuatu yang boleh meruntuhkan semangat!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *