Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Beraksi Dalam Drama Baharu, Aedy Ashraf Beri Bayangan Ikmal Amry Bakal Jadi Bapa?

today10 May 2021

Background

Kata orang anak merupakan cahaya mata yang ditunggu-tunggu oleh sesetengah pasangan suami isteri selepas mereka berumah tangga dan semestinya kehadiran si kecil itu bakal menceriakan hidup mereka.

Pelakon drama Budak Tebing iaitu Aedy Ashraf telah memberi bayangan mengatakan bahawa rakan baiknya yang juga pelakon iaitu Ikmal Amry bakal menjadi seorang bapa.

Menerusi posting foto terbaharunya bersama dengan Ikmal telah terserta caption yang penuh tanda tanya.

Congratulations Papa yikmal yamreyy.”

Pengikut Aedy turut meninggalkan beberapa komen di foto tersebut, ada yang masih tertanya-tanya tentang kesahihan berita itu dan ada juga yang terus mengucapkan tahniah.

Ikmal telah mendirikan rumah tangga bersama dengan isterinya iaitu Najla Shamsul pada 19 Disember 2020 yang lalu.

Dalam perkembangan terkini, Ikmal dan Aedy bakal digandingkan dalam sebuah drama baharu Akasia TV3 tidak lama lagi.

Apa pun, kita tunggu sahaja pengesahan daripada tuan empunya badan dan jika ia benar, tahniah diucapkan kepada Ikmal dan Najla!

Semoga semuanya dipermudahkan ya!

Sumber foto: Instagram Aedy Ashraf dan Ikmal Amry

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post