Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Berang Dengan ‘Kluster Tahun Baru’, Sharnaaz Ahmad Sekolahkan Orang Ramai Termasuk Teman Rapat

today6 January 2021

Background

Semakin hari, kes Covid-19 semakin tinggi di negara kita sehingga mencecah angka tertinggi iaitu sebanyak 2,525 kes pada 31 Disember 2021 yang lalu.

Sebagai seorang pelakon, Sharnaaz Ahmad mengambil peluang untuk ‘sekolahkan’ orang ramai tentang betapa bahayanya virus Covid-19 ini.

Dalam masa yang sama, Sharnaaz turut kecewa apabila ada dalam kalangan selebriti sendiri yang menyertai pesta tahun baharu sehingga ada yang disahkan positive virus berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

“Aku bukan nak sangat populariti, just nak bagitahu ramai yang ke Cameron Highland, Penang dan ke negeri yang dha lama zon hijau lama dah. Nak pesan juga dekat geng basikal aku, lepas pi ride ke tempat yang tak ada kes terus sana berjangkit ikut korang.”

“Orang dah pesan duduk rumah, hang sibuk nak pi sambung New Year sana sini. Jangan nak salahkan menteri, kita sendiri pun salah jugak.”

Sharnaaz turut memberi pesanan kepada rakan-rakan rapatnya agar tidak berbasikal ke tempat yang sudah berada dalam zon hijau kerana khuatir akan memberi kesan kepada kawasan berkenaan.

Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Sharnaaz itu kerana kini ramai orang bagaikan sudah mengabaikan segala prosedur operasi standard (SOP).

Semoga kita menjadi lebih prihatin atas diri sendiri dan orang lain, sama-sama kita hapuskan Covid-19!

Sumber foto dan video: Instagram Sharnaaz Ahmad

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Guardiola yakin De Bruyne tetap bersama City

London: Pep Guardiola menjangkakan Kevin De Bruyne akan terus bersama Manchester City untuk tempoh jangka masa panjang walaupun laporan menyatakan rundingan kontrak pemain tengah Belgium terhenti. Kontrak De Bruyne berakhir sehingga 2023 tetapi City telah pun menawarkannya kontrak baharu namun masih belum ditandatangani susulan dakwaan De Bruyne kecewa mengenai kenaikan gajinya sekarang yang berjumlah £280,000 (RM1.53 juta) seminggu. De Bruyne yang dipilih Pemain Terbaik Tahunan PFA musim... Klik sini untuk […]

today6 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *