Semakin hari, kes Covid-19 semakin tinggi di negara kita sehingga mencecah angka tertinggi iaitu sebanyak 2,525 kes pada 31 Disember 2021 yang lalu.

Sebagai seorang pelakon, Sharnaaz Ahmad mengambil peluang untuk ‘sekolahkan’ orang ramai tentang betapa bahayanya virus Covid-19 ini.
Dalam masa yang sama, Sharnaaz turut kecewa apabila ada dalam kalangan selebriti sendiri yang menyertai pesta tahun baharu sehingga ada yang disahkan positive virus berkenaan.
“Aku bukan nak sangat populariti, just nak bagitahu ramai yang ke Cameron Highland, Penang dan ke negeri yang dha lama zon hijau lama dah. Nak pesan juga dekat geng basikal aku, lepas pi ride ke tempat yang tak ada kes terus sana berjangkit ikut korang.”
“Orang dah pesan duduk rumah, hang sibuk nak pi sambung New Year sana sini. Jangan nak salahkan menteri, kita sendiri pun salah jugak.”
Sharnaaz turut memberi pesanan kepada rakan-rakan rapatnya agar tidak berbasikal ke tempat yang sudah berada dalam zon hijau kerana khuatir akan memberi kesan kepada kawasan berkenaan.
Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Sharnaaz itu kerana kini ramai orang bagaikan sudah mengabaikan segala prosedur operasi standard (SOP).
Semoga kita menjadi lebih prihatin atas diri sendiri dan orang lain, sama-sama kita hapuskan Covid-19!
Sumber foto dan video: Instagram Sharnaaz Ahmad