Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Berpeluh-peluh Macam Jogging Nak Bagi Susu Kat Anak” – Nadzmi Adhwa Ganti Tugas Ardell Aryana

today12 November 2020

Background

Ramai yang ketahui pelakon Ardell Aryana kini dalam misi kemanusiaan untuk memberi bantuan kepada penduduk di Sabah yang terkesan akibat Covid-19.

Pemergiaannya ke Sabah mendapat restu daripada suami yang juga pelakon Nadzmi Adhwa, yang menggantikan tugasnya sebagai seorang ibu dalam menjaga bayi mereka, Arwa Malaikha Urwa.

Pada 11 November 2020, Nadzmi telah berkongsi satu video di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang memberi susu kepada anak perempuannya itu.

Malalui caption:

“Berpeluh peluh macam jogging nak bagi susu kat anak? Baru tau bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita je ? Betapa hebat nya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita , tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah ???#sindrombapakbapak”

Selain itu, Nadzmi juga memberi kata-kata semangat kepada isterinya supaya tidak pedulikan cakap-cakap orang yang tidak baik tentang usaha murninya:-

“Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak @ardellaryana ?dont worry about us ! We’re fine. we always have your back! Keep helping those people in needs❤️ Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda. Maafkan lisan mereka , mereka tidak tahu ?Semoga Allah redha”

Ardell Aryana turut meninggalkan komen buat si suami.

Bukan mudah sebenarnya untuk berjauhan bersama insan tersayang dan berkorban ke tempat yang berisiko.

Namun niat murni mereka sangat diperlukan dan wajar dicontohi.

Semoga perkara baik yang dilakukan pasangan ini dibalas dengan kebaikan dan dipermudahkan segalanya.

 

Sila baca artikel berkaitan: “Baik Jaga Anak Dekat Rumah Je!” Netizen Pertikai Niat Murni Ardell Aryana Bantu Penduduk Di Sabah

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Maradona keluar hospital selepas selamat dibedah

Olivos, Argentina: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggalkan hospital hari ini selepas lapan hari menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di otaknya. Maradona meninggalkan Klinik Olivos dekat Buenos Aires dengan menaiki ambulan sejurus selepas doktor Leopoldo Luque memberitahu wartawan dia akan pulang. Luque sebelum itu memuat naik gambar di Instagram memeluk legenda berusia 60 tahun itu yang memakai kain lilitan di kepalanya. Maradona dijangka akan terus menyambung... Klik sini […]

today12 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *