Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bertemu Lagi Dalam Karya Baharu, Peminat Mahu Wan Sharmila Dan Syazwan Zulkifly Bersatu

today3 May 2021

Background

Kata orang kalau jodoh tak ke mana, pusing jauh sana sini pun masih tetap akan berjumpa juga.

Adakah ini bermaksud pelakon Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly sudah ditakdirkan untuk bersama selepas mereka beberapa kali digandingkan dalam drama yang sama?

Penangan '7 Hari Mencintaiku', peminat mahu Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila  betul-betul bercinta - β€œKalau dah jodoh saya terima” - Hiburan | mStar

Selepas digandingkan dalam drama 7 Hari Mencintaiku, Wan Sharmila dan Syazwan kelihatan serasi bersama seperti pasangan kekasih sebenar.

Terkini, Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala, sekali lagi bakal digandingkn dengan Syazwan menerusi sebuah telemovie.

Jika dilihat pada foto yang di kongsikan oleh Lala di laman Instagram miliknya, mereka memegang watak sebagai pasangan suami isteri.

Lebih melucukan, ada diantara peminat mereka turut mengatakan bahawa wajah mereka seakan seiras.

Sebelum ini, ada peminat menganggap bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta tetapi berita itu disangkal oleh Lala.

Tapi, kalau betul pun apa salahnya kan?

Maklumlah masing-masingkan tengah single mana tahu ada peluang .

Sumber photo: Instagram Wan Sharmila

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post