Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Bestnye Dapat Mak Mertua Macamni” Walaupun Tak Reti Masak, Sheila Rusly Tetap Sporting Mengajar Elisha Sandha

today11 February 2021

Background

“Dapat mak mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa”

Betul tak? Bila dapat mak mertua yang baik dan sporting ni boleh diibaratkan seperti dapat cabutan bertuah lah!

Bagi yang mengikuti pelakon dan penerbit terkenal di Malaysia iaitu Sheila Rusly, pasti mengetahui bahawa baru-baru ini beliau baru sahaja menerima ‘bakal menantu’ di mana anak lelakinya, Uzair Haqimy, telah melangsungkan pertunangan bersama pelakon Elisya Sandha pada 31 Januari 2021.

Melihat kepada perhubungan Sheila dan bakal menantunya itu, mereka dilihat sangat akrab sehingga baru-baru ini, penerbit berkenaan siap membuat LIVE memasak bersama pelakon berkenaan.

Menulis di ruangan kapsyen :

“Buli Buli Kitchen

Senang giler!! @elisyasandhaofficial yang tak pandai buat pun jadi..??
Chilli crab @seafoodathome_byhaq
#seafoodathome_byhaq #airtangansr #instafood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah”

Di dalam video berkenaan, Sheila mengajar Elisya cara-cara untuk memasak menu tersebut, siap kena usik sebab Elisya tak tahu nama menu yang hendak dimasaknya itu.

“Ni apa Sya?

“Cili Pes untuk ketam masak cili” ujar Elisya

“Mana ada ketam masak cilik dikkkk, macam mana ni sebut nama juadah pun tak reti?” usik Sheila

Video yang di muat naik berdurasi 7 minit itu turut menerima pelbagai respon dari netizen dan pengikut Sheila yang memuji beliau adalah seorang mertua yang sporting!

Betul lah orang cakap, bila berkahwin bukan bermakna kita berkahwin dengan pasangan kita sahaja, kita juga akan berkahwin dengan seluruh keluarga dia. Kan?

Sumber : Instagram Sheila Rusly

 

 

Baca artikel berkaitan : Maria Tunku Sabri Akui Simpan Rahsia 3 Minggu Sebelum Majlis Pertunangan Bakal Menantu Sheila Rusly

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Farid Kamil Terima Keputusan Pihak Istana, Boy Iman Bakal Hantar Surat Kepada SUK Pahang?

Sosial

Farid Kamil Terima Keputusan Pihak Istana, Boy Iman Bakal Hantar Surat Kepada SUK Pahang?

Isu & Kontroversi Umum mengetahui, gelaran ‘Dato’ bagi kedua-dua pelakon tempatan ini iaitu Farid Kamil dan Boy Iman telah dibatalkan oleh Sultan Pahang yang berkuatkuasa pada 1 Februari lalu. Artikel berkaitan: Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik Terbaru, Farid Kamil, memuat naik satu posting di Instagram di mana dia meluahkan rasa hormat dan menerima keputusan dari pihak Istana Pahang. Assalamualaikum w.b.t. Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga […]

today10 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *