Dikesempatan hari terakhir sebelum menjelang tahun 2021, ramai mengambil peluang untuk memuat naik foto dan ucapan akhir tahun mereka.
Pelakon filem Paskal, Ammar Alfian turut tidak ketinggalan untuk merumuskan apa yang telah berlaku kepada dirinya sepanjang tahun 2020 ini.
Sekitar Oktober lalu, Ammar telah disahkan bercerai dengan isterinya iaitu Nelissa Nezam akibat tidak sefahaman sepanjang perkahwinan selama 4 tahun ini.
Baginya, tahun 2020 merupakan tahun yang begitu mencabar dan banyak mengajar dirinya.
Dalam masa yang sama, beliau turut berharap untuk menjadi seorang bapa dan Muslim yang lebih baik daripada hari ini.
Namun apa yang menjadi perhatian pada posting tersebut ialah ramai yang meninggalkan komen mengatakan Ammar saling tidak tumpah seperti pelakon di dalam filem Aquaman.
Mana tidaknya, rambut panjang serta janggut yang disimpan oleh Ammar membuatkan dirinya seiras dengan pelakon Jason Momoa yang memegang watak hero di dalam filem berkenaan.
Ada-ada sahaja la netizen ni, tapi kalau diperhatikan memang ada iras-iras Aquaman pun kan?
Sumber foto: Instagram Ammar Alfian
Post comments (0)