Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Bidadariku, Anak Luar Biasa,” Lihat Reaksi Ibu Neelofa Selepas Pertama Kali Melihatnya Berniqab

today15 October 2020

Background

Sebelum ini banyak berita tentang pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa telah mengubah penampilannya ke arah menjadi muslimah yang lebih baik.

Ini termasuklah foto yang tular sebelum ini memaparkan Neelofa membeli stokin dan memakainya.

Namun, pada 14 Oktober, Neelofa telah memuat naik satu foto berniqab di laman Instagram miliknya.

Peminat ramai yang menyangkakan bahawa itu hanyalah gambar throwback semasa beliau berada di tanah suci.

Bagaimanapun, pada 15 Oktober, Neelofa sekali lagi memuat naik satu gambar penampilan yang sama.

Menguatkan lagi spekulasi tersebut selepas ibu Neelofa, Noor Kartini memuat naik satu video di laman sosial miliknya memaparkan reaksinya setelah melihat anaknya mengenakan niqab.

https://www.instagram.com/p/CGWkFqCl99x/

“MashaAllah mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku..,”

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiinnn”

“Love you bidadariku #anakluarbiasa”

Menerusi komen, ramai yang memuji penampilan baharu pelakon jelita tersebut dan ada juga yang mendoakan agar beliau kekal berpenampilan begitu.

Apa pun keputusan Neelofa, sama-sama kita sokong dan mendoakan agar beliau terus beristiqomah dalam setiap perkara yang dilakukan.

 

Sumber foto: Instagram Neelofa

Sumber video: Instagram Noorkartini

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Chong Wei kongsi idea dengan Reezal

Kuala Lumpur: Satu perjumpaan diadakan membabitkan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi membincangkan mengenai pembangunan sukan negara. Pemenang tiga pingat perak temasya Sukan Olimpik itu berkata, perjumpaan itu lebih menjurus kepada bertukar pandangan dan idea demi pembangunan sukan di Malaysia di pelbagai peringkat. Malah Chong Wei dalam hantaran di laman sosial Facebook yakin di bawah kepimpinan... Klik […]

today15 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *