Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bijak Tepis Godaan Gadis Cantik Dan Seksi, Syazuwan Hassan Tak Mahu Terpalit Kontroversi Bukan-Bukan

today5 January 2021

Background

Nampak glamour dan mudah mengecapi dunia selebriti, akan tetapi hakikatnya boleh dikatakan mencabar kerana berdepan dengan pelbagai godaan, antaranya digoda gadis cantik dan seksi yang suka mendampingi pelakon-pelakon lelaki terkenal ataupun yang sedang meningkat nama.

Salah seorang yang tidak terlepas dari godaan itu adalah pelakon kacak yang semakin meningkat naik, iaitu Syazuwan Hassan.

Tidak sesekali tewas dengan ujian yang mampu memberi kesan negatif pada kerjaya dan kehidupan peribadinya,  pelakon itu memberitahu bahawa dia berpegang kuat pada prinsip untuk sentiasa menjaga nama baik dan keluarga supaya tidak terpengaruh dengan godaan yang melalaikan.

“Contohnya, ada wanita yang mengajak saya berjumpa. Saya bertanya berjumpa atas dasar kerja atau apa. Dia kata tidak, sebaliknya ada permintaan mahu mengajak melakukan perkara tidak senonoh”

Pelakon drama Asalkan Dia Bahagia itu turut berkata, dia perlu bijak menepis godaan supaya namanya yang kini semakin dikenali ramai, tidak terpalit dengan perkara tidak bermoral.

“Nama saya sudah dikenali ramai, jadi sebelum buat apa-apa, lebih baik saya berfikir dahulu. Jika boleh, saya mahu mengelakkan perkara yang tak diingini pada masa akan datang.

“Jujurnya, saya seorang yang berfikir panjang sebab saya tak mahu buat perkara yang memalukan saya dan keluarga. Saya sentiasa beringat menjaga keperibadian. Alhamdulillah hingga hari ini, saya tak tewas dan masih ada iman lagi,” katanya.

Bagi Syazuwan, perkara sebegitu terpulang pada pegangan individu, sekiranya seseorang pandai menepis dan menjaga kehormatan diri pasti dapat mengawal keadaan dengan baik.

 

Sumber : Berita Harian

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sukan

Liverpool ‘berkarat’ tewas kali kedua

Southampton: Jurgen Klopp mengakui Liverpool kini berdepan 'detik berkarat' selepas tewas 0-1 di Southampton yang meneruskan kemarau kemenangan aksi Liga Perdana kepada tiga perlawanan. Jaringan cantik Danny Ings pada minit kedua membolehkan Southampton meraih tiga mata yang melonjakkan mereka ke tangga keenam dan membuatkan pengurus, Ralph Hasenhuttl mengalirkan air mata sejurus tiupan wisel. Liverpool kekal di puncak berdasarkan perbezaan jaringan dengan Manchester United tetapi beraksi... Klik sini untuk baca artikel […]

today5 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *