Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

‘Bukan Gimik Murahan, Saya Dan Athalia Hanya Rakan Sekerja’- Alvin Buka Mulut Isu Bercinta Bawah Umur

today3 October 2020

Background

Akhirnya kini semuanya sudah terjawab selepas lama menantikan jawapan daripada Alvin Chong mengenai hubungannya bersama dengan Athalia, anak kepada penyanyi Sharifah Zarina.

‘Hubungan’ mereka mula menjadi tanda-tanya selepas masing-masing memuatnaik video di aplikasi TikTok sehingga ada yang menuduh mereka berdua menjalinkan hubungan cinta.

Pada 2 Oktober lalu, Alvin telah mengambil keputusan untuk membuat sidang media yang telah diadakan di sebuah pejabat pengurusan muzik di Petaling Jaya.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Athalia dan ibunya sendiri, Sharifah Zarina.

“Kita keluar kerana urusan kerja, ada kerjasama dalam satu projek tapi sebabkan video tu saya dituduh dengan pelbagai tuduhan tak benar.”

“Saya kecewa apabila projek kerjasama saya bersama dengan satu aplikasi telah digugurkan oleh kerana kontroversi ini.”

Tambah Alvin lagi kepada sebuah portal hiburan tempatan, dia kini berani bersuara kerana bimbang terhadap Athalia yang baru sahaja berusia 17 tahun dan terpaksa berhadapan dengan kecaman ini.

Pada masa yang sama, Alvin turut menafikan dakwaan kononnya dia sengaja membuat gimik begini bagi melariskan lagu baharunya berjudul Sayang Salmah.

Baginya sekiranya itu tujuan utamanya, sudah pasti perkara itu sudah dilakukan terlebih awal.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *