Connect with us

Onz

Bukan Honeymoon, Neelofa Jelas Terbang Ke Langkawi Atas Urusan Kerja

Sangkaan langgar larangan merentas negeri terjawab, Neelofa dan Pu Riz pergi lawatan kerja

Published

on

Kecoh diperkatakan pasangan pengantin selebriti terkenal, Neelofa dan PU Riz melanggar larangan merentas negeri ke Langkawi untuk berbulan madu, sebaliknya mereka pergi atas lawatan kerja yang melibatkan pembukaan cawangan-cawangan jenama minuman terkenal bagi sebuah francais di Zon Utara.

Hal yang demikian telah disokong daripada kenyataan pengarah urusan kumpulan jenama tersebut.

“Untuk makluman, Neloofa dan Muhammad Hariz sedang menjalankan lawatan kerja ke 3 lokasi di Zon Utara iaitu Sungai Petani & Langkawi(Kedah) serta Kangar (Perlis) bagi tujuan pembukaan cawangan-cawangan baru di Zon Utara…”

Menerusi Insta Story, Neelofa telah memuat naik gambar minuman jenama tersebut dengan kenyataan ‘tidak sabar menunggu’.

Hal yang demikian jelas kerana beliau mempunyai jalinan kerjasama dengan jenama minuman terbabit.

Kekeliruan yang timbul hangat diperkatakan kerana sebelum ini terdapat banyak isu yang melibatkan pelanggaran kebenaran merentas negeri.

Menurut portal rasmi Kosmo, kebenaran untuk pasangan selebriti terbabit untuk merentas negeri telah disiasat dan disahkan oleh pihak polis di Balai Polis Sri Hartamas.

“Neelofa dan PU Riz dibenarkan berada di lokasi tersebut bermula 27 Mac hingga 4 April 2021”

Oleh yang demikian, diharapkan isu yang timbul dapat ditanggani hingga ke akar umbi.

Apa yang penting pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) harus dijaga tidak kira orang awam, selebriti mahupun VIP.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram & Twitter Neelofa

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.