Umum sudah mengetahui bahawa kita hanya digalakkan untuk memakai pelitup muka selama empat jam sahaja dan seterusnya perlu ditukar yang baharu.
Sebelum ini juga pada permulaan diwajibkan untuk memakai pelitup muka, namun terdapat beberapa berita menyiarkan segelintir masyarakat mengambil keputusan untuk menjemur pelitup muka yang telah digunakan lalu dijual semula.

Perkara itu berulang kembali apabila salah seorang pelakon veteran, Sheila Mambo memuat naik video beliau membasuh pelitup muka di Instagram miliknya pada 25 Oktober lalu.
Tindakan Sheila telah membuatkan ramai terkejut dan mengecam perbuatannya itu sehingga ada yang menuduh beliau sebagai seorang yang kedekut.
Menurutnya, dia hanya memberi tip kepada sesiapa yang tidak berkemampuan untuk membeli pelitup muka yang baharu.

“Saya kalau guna sekejap kurang daripada 2 jam atau hanya waktu tidak melibatkan bertemu atau bertembung dengan orang ramai, saya akan jemur selepas pakai. Saya guna hanya dua kali sahaja lepastu saya basuh dan keringkan kalau masih elok dan tidak keluar bulu kapas.”
Baginya harga face mask agak mahal dan sebaiknya dia mengamalkan sikap berjimat cermat.
Tetapi kini, harga face mask yang dijual di pasaran tidak la semahal seperti dahulu dan harganya juga sudah mampu milik bagi semua orang.

Selepas perbuatannya itu tular di media sosial, pelakon drama Andainya Takdir 2 itu menjelaskan semula tentang niatnya berkenaan perkongsian tersebut.
“Biar saya jelaskan niat saya sebenar. Ada yang anak ramai tapi yang pakai hanya dua orang anak, yang dua lagi tak ada kata ibunya tak cukup.”
Dalam masa yang sama, ada juga segelintir netizen yang secara hakikatnya turut melakukan perbuatan yang sama seperti Sheila sendiri.




Mereka akan memakai semula pelitup muka yang sudah digunakan selepas dibasuh dengan bersih.
Terpanggil dengan perkara itu, ramai individu termasuk selebriti berniat baik untuk memberikan face mask percuma kepada Sheila dengan harapan dia tidak lagi membasuh lagi face mask yang sudah digunakannya.
Untuk makluman, topeng pelitup muka biasa tidak boleh dibasuh semula kerana sudah terdedah dengan kuman dan bakteria.
Post comments (0)