“Tiada adab dalam meminta,
bagaimana hendak menuai laba”
Itulah pepatah yang diungkap oleh personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya selepas menerima kiriman mesej daripada individu yang tidak dikenali.
Menerusi laman Twitter miliknya baru-baru ini, Fedtri kesal terdapat pihak yang meminta izin daripadanya untuk mengeluarkan minus one lagu ciptaannya Angkara nyanyian Siti Nordiana.
Namun, pada akhir mesej tersebut, individu itu turut meninggalkan perkataan yang memberi kesan mendalam serta mampu menyinggung perasaan semua termasuklah pelakon Adibah Noor.
Tidak hanya berdiam diri, pelakon Kampung People 2 itu turut memberi respon dan pendapatnya yang tersendiri terhadap mesej berkenaan.
Rata-rata menerusi ruangan komen turut berang dengan tindakan individu tersebut:-
Sesungguhnya Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Sumber foto: Twitter Fedtri Yahya
Post comments (0)