Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Cantik Sangat, Macam Bidadari!’ Video Muzik Siapa Tak Mahu Tokti Dapat Perhatian Sampai Luar Negara

today19 October 2020

Background

Nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja terkenal di Malaysia, namun boleh dikatakan serata dunia mengenali penyanyi nombor 1 negara ini.

Pada 16 Oktober lalu, Siti telah muncul dengan single baharunya berjudul Siapa Tak Mahu.

Video muzik lagu berkenaan sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Siti sendiri dan sehingga kini telah ditonton sebanyak hampir 900,000 penonton di Youtube.

Seperti sudah dijangka, lagu Siti atau lebih mesra disapa dengan panggilan TokTi itu sudah menembusi pasaran luar negara sehingga ada seorang Youtuber bernama Clevy Umoh membuat video react berkenaan lagu tersebut.

Muzik ini sangat indah! Sinematografi sangat bagus, saya dah pun sukakan lagu ni! Rasa macam tengok cerita Disney sebab ada macam-macam dekat dalam ni! Siti sangat cantik, nampak macam princess dan juga bidadari!

https://www.instagram.com/p/CGeNi6RH44S/

Video tersebut telah mendapat perhatian Siti sendiri dan dia juga ada kongsikan potongan pendek itu di Instagram miliknya.

“Seronok tgk reaksi orang luar bila buat reaction lagu kita. Betullah, muzik itu boleh menyatukan walaupun kita tak faham pun apa maksudnya. Thank you for the positive reviews”

Netizen turut meninggalkan komen bahawa lagu Siti kini sememangnya sudah sampai ke tahap antarabangsa, buktinya kini sudah ramai Youtuber dari luar negara membuat video react beberapa lagu miliknya sebelum ini.

MV tersebut turut menampilkan Mira Filzah dan Hun Haqeem sebagai watak sampingan dalam jalan cerita lagu ini.

Pada masa yang sama, ramai yang berpendapat bahawa MV lagu ini lain daripada yang pernah dihasilkan oleh pihak produksi Siti sendiri.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Dekat Mana Boleh Jimat Insurans Kereta Sampai 50%? Layari Laman Web Ini

Kalau anda nak tahu, kebanyakan syarikat insurans dan takaful memberikan harga insurans yang berbeza tau.Melalui kajian, perbezaan harga tersebut boleh meningkat sehingga 50%. Jadi, sebagai pengguna anda kenalah jadi lebih bijak dengan bandingkan harga insurans sebelum renew insurans.Macam mana nak jadi lebih bijak? Haa.. senang je, anda gunalah 

today19 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *