Pemasangan sistem kamera litar tertutup atau lebih dikenali sebagai CCTV adalah sangat berguna untuk tujuan keselamatan.
Bukan hanya dipasang di kawasan premis perniagaan, penggunaannya juga semakin meluas kerana turut dipasang di rumah pengguna.
Terbaharu pada 16 Februari 2021, pelakon Shaheizy Sam telah memuat naik satu sedutan rakaman CCTV di rumah beliau melalui Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Melalui caption ringkas “Pon boleh, kan? ??♂️” yang ditulis beliau, video tersebut menunjukkan kelibat ‘Spiderman’ sedang menggelongsor di tangga dengan posisi meniarap.
Melihat kepada komen isteri Sam iaitu Syatilla Melvin pada perkongsian tersebut, dapat diteka bahawa ‘Spiderman’ itu ternyata anak lelaki mereka yang memakai costume berkenaan, Syeriv.

Dalam pada itu, hantaran ini mendapat perhatian ramai di ruangan komen.
Ia termasuklah mereka yang bimbang jika Syeriv ada sakit di mana-mana anggota badan kerana posisi gelongsornya di tangga adalah dengan kedudukan meniarap.

Harapnya Syeriv tak sakit la ye.
Baca artikel berkaitan: “Ganasnya Anak Hang!” Hidung Sarima Berdarah Lepas Kena Rempuh Dengan Syeriv Samheizy
Sumber: Instagram Shaheizy Sam
Post comments (0)