Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Cemburu Ziana Zain Dapat ‘Menadah Gerimis,’ Misha Omar Akui Ada Niat Rompak Lagu Itu

today15 February 2021

Background

2021 menjadi tahun ke-30 buat penyanyi yang bersuara lantang Ziana Zain berada dalam industri seni.

Tempoh itu pastinya membawa banyak kisah jatuh bangun beliau dalam dunia hiburan.

Lagu-lagu beliau juga adalah sangat bagus dan sesuai dengan keunikan suara yang dimilikinya.

Kerana sering mendapat lagu-lagu yang terkenal, penyanyi Misha Omar mengakui pernah cemburu dengan Ziana kerana perkara itu.

Misha menyatakan hal tersebut melalui Instagramnya pada 15 Februari 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Menyanyikan lagu Menadah Gerimis dalam video yang dikongsikan, Misha menulis pada ruangan caption:-

“ZIANA ZAIN 30 TAHUN #zianazain3dekad #zianazain30tahun

MENADAH GERIMIS ( LAGU & LIRIK : AZMEER) .
Kalau lah ada peluang …rompakan lagu hits di antara penyanyi bisa berlaku..saya mmg nak rompak lagu ni dari Ziana Zain,..hahahaha!! Malah, saya pernah beritau kak G , “kak sbnrnya saya jeles akak dpt lagu tu..lagu Menadah Gerimis tu saya sukaaaa”…saya terus terang dgn dia..tentang nak rompak lagu tu dari dia..hahahaha!! Dia ketawa…???dia ckp ..”kalau takat ngn kau dik..akak tak berkira dik..ambiklahhh.”..ada ke org nak kena rompak ckp baik cemtu? tak ada kan?..???sebab tu lah cuma ada satu je Ziana Zain kat Malaysia ni..Menyanyikan lagu Ziana Zain kembali di instagram ni, umpama buka aib sendiri jugakk..hahahaha!! kau gigih nak rompak lagu dari dia..tapi ternyata..keupayaan kau tak sehebat dia..maka, lupakan…??? “

Misha pernah memberitahu keinginannya untuk ‘merompak’ lagu tersebut daripada Ziana.

Ia kerana beliau sangat suka akan lagu tersebut.

Bagaimanapun, Misha benar-benar merasakan lagu itu sangat sesuai dipadankan dengan Ziana kerana kehebatan suara yang dimiliki beliau.

Sebenarnya Misha Omar dengan Ziana Zain ni dua-dua pun suara power.

Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Kami di Hot FM ingin ucapkan tahniah kepada Ziana Zain atas pencapaian selama 30 tahun berada dalam industri dan dalam menghiburkan para pendengar.

 

Baca artikel berkaitan: [MEREMANG!] Misha Omar Cover Lagu Bidadari Syurga

Sumber: Instagram Misha Omar dan Ziana Zain.

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sukan

Pasukan Liga M kembali berlatih

Kuala Lumpur: Beberapa pasukan yang sudah mendapat kelulusan untuk berlatih mula menjalani latihan hari ini setelah berjaya melengkapkan proses diperlukan Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Antaranya Selangor FC serta Selangor FC II yang sudah berjaya mendapatkan kelulusan semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidun menjelaskan pengalaman pada musim lalu menjadikan mereka bersedia terhadap perkara yang diperlukan serta tidak berdepan banyak kesukaran bagi melengkapkan... Klik sini untuk baca artikel […]

today15 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *