Pelakon sama cantik sama padan iaitu Intan Ladyana dan Harris Alif dijadualkan berkahwin pada 6 Februari 2021.
Bagaimanapun persoalannya, adakah perancangan perkahwinan mereka masih sama atau ada perubahan?
Ini kerana negara kita sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sejak Januari lalu.
Memandangkan tarikh 6 Februari sudah hampir, para peminat turut tertanya-tanya akan perkara ini.
Berdasarkan kenyataan daripada pihak Intan dan Harris, mereka dikhabarkan akan bernikah pada 5 Februari 2021.
Tempat pula tidak diperincikan dengan jelas, sekadar menyebut di Kuala Lumpur.
Apapun, semoga perancangan mereka ini dipermudahkan untuk bergelar suami isteri.
Baca artikel berkaitan: Intan Ladyana Beri Bayangan Tunda Tarikh Perkahwinan?
Sumber foto: Instagram Harris Alif
Post comments (0)