Hot FM

Cepatkan Tarikh Pernikahan, Intan Ladyana Dan Harris Alif Disatukan Lebih Awal

Pelakon sama cantik sama padan iaitu Intan Ladyana dan Harris Alif dijadualkan berkahwin pada 6 Februari 2021.

Bagaimanapun persoalannya, adakah perancangan perkahwinan mereka masih sama atau ada perubahan?

Ini kerana negara kita sedang dalam  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sejak Januari lalu.

Memandangkan tarikh 6 Februari sudah hampir, para peminat turut tertanya-tanya akan perkara ini.

Berdasarkan kenyataan daripada pihak Intan dan Harris, mereka dikhabarkan akan bernikah pada 5 Februari 2021.

Tempat pula tidak diperincikan dengan jelas, sekadar menyebut di Kuala Lumpur.

Apapun, semoga perancangan mereka ini dipermudahkan untuk bergelar suami isteri.

 

Baca artikel berkaitan: Intan Ladyana Beri Bayangan Tunda Tarikh Perkahwinan?

Sumber foto: Instagram Harris Alif

Exit mobile version