Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Che Ta Bagi Anak Pakai Dress Pendek, Netizen Tinggalkan Komen Teguran

today6 October 2020

Background

Sebagai seorang ibu, pastinya mereka sentiasa mahu si anak kelihatan cantik dan kemas.

Begitu juga dengan pelakon Rozita Che Wan yang seringkali menata rias anak gadis bongsunya, Aaisyah Dhia Rana sejak kecil sehingga kini.

Aaisyah yang kini sudah berusia 6 tahun sudah pandai bergaya dan apa sahaja pakaian yang dikenakan olehnya pasti mendapat perhatian ramai, begitu juga apa yang berlaku baru-baru ini.

Pada 6 Oktober, Che Ta telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bersama dengan anak gadinya itu ketika mereka menginap di salah sebuah resort mewah di Langkawi, Kedah.

Gambar tersebut memperlihatkan Aaisyah sedang baring di riba ibunya sambil mengenakan dress pendek tanpa lengan.

Apa yang telah menarik perhatian ialah pakaian yang dikenakan oleh Aaisyah itu dikatakan agak terdedah.

Maka dengan itu ramai netizen berpusu-pusu meninggalkan komen di Instagram milik Che Ta dan kebanyakan mereka telah menegur cara pakaian Aaisyah.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan itu ialah teguran buat Aaisyah sendiri kerana bagi mereka di usia kecil, kanak-kanak tidak sepatutnya memakaian pakaian seksi seperti itu.

Pada masa yang sama, ada juga segelintir yang beranggapan tidak salah pun sekiranya Aaisyah ingin memakai pakaian seperti itu kerana dia masih kecil.

Mereka turut mendoakan kesejahteraan hidup Che Ta sekeluarga.

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage (29)

Sosial

Twitter Satukan Kembali Gadis Ini Dengan Bapanya Yang Terpisah Selepas 10 Tahun

Siapa sangka tindakan seorang gadis mencuba nasib meminta bantuan netizen Twitter untuk mencari bapanya yang terpisah sekitar 10 tahun yang lalu bertukar menjadi detik manis buat dirinya. Kisah Shania Natasha Muhammad Shahril Adam yang mencari bapanya yang kali terakhir ditemuinya ketika masih kanak-kanak itu mula tular sejak semalam dan mendapat hampir 10,000 perkongsian (retweet) di laman Twitter. bismillah, assalamualaikum. hai gais, sebenarnya aku taknak post sebab segan tp aku... Klik […]

today6 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *