Keluarga yang sentiasa mencuri perhatian ramai, siapa lagi kalau bukan Dato Seri Vida (DSV) dan anaknya Cik B yang kian meningkat namanya di dalam dunia seni.
Untuk yang mengikuti perkembangan Cik B pasti tahu yang dirinya kini giat berlakon dan antara salah satu yang terbaru adalah rancangan Muzikal Lawak.

Kredit Gambar : Nona
Terbaharu, DSV dilihat membuat kejutan kepada Cik B dengan melawatnya di lokasi penggambaran di Putrajaya kerana sudah lama tidak meluangkan masa bersama.
View this post on Instagram
Melihat kapsyen yang ditulis oleh DSV, Cik B dikatakan sudah lama tidak berjumpa dengan DSV kerana sibuk dengan penggambaran dan promosi lagu baharu “Tolonglah Aku’.
“SAYA RINDU CIK B ? @cikb_havoc66”
“Tak pernah BERPISAH LAMA DGN CIK B…KALI NI LAMA..
CIK B KENA DOK KL KERANA KOMITMEN DALAM MUZIKAL LAWAK”“CEPATNYA MASA BERLALU.CIK B DAH 15 TAHUN.. 2 Minggu @cikb_havoc66 tak balik. sibuk dengan show sini sana, muzikal lawak superstar lagi”
“Semalam saya ada meeting di Putrajaya,..boleh saya melawat Cik B. saya bawak makanan favourite dia.. dapat jumpa cik B MELEPASKAN RINDU..”
Video yang dikongsikan DSV itu nampaknya turut menarik perhatian ramai yang turut tersentuh melihat kerinduan ibu dan anak ini.

Min pun turut tersentuh bila melihat DSV dan Cik B, terus rasa rindu dekat parents!
Beruntung Cik B dapat ibu yang penyayang.
Sumber : Instagram DSV
Post comments (0)