Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Convert Kalau Nak Kahwin Ramai” Sharifah Sakinah Ajak Kekasih Masuk Islam, Ini Komen Netizen

today17 December 2020

Background

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan pelakon berbakat besar, Sharifah Sakinah pasti sudah mengetahui bahawa beliau kini sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama dengan seorang jejaka yang berasal dari Sweden iaitu Michael Hansen.

Sakinah telah memuat naik satu video pendek bagi mempromosikan semua drama yang dilakonkannya berjudul Isteri Misteri dan bakal ditayangkan di sebuah aplikasi penstriman online.

Apa yang menarik perhatian ialah caption yang ditulis oleh Sakinah itu agak lucu apabila dibaca dan turut seperti memberi bayangan kepada peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)

Adakah ini bermaksud tidak lama lagi mereka berdua akan mendirikan rumah tangga?

Seperti yang semua ketahui, pasangan ini masih mahu merahsiakan hubungan mereka namun ketika Sakinah ditemu bual sewaktu program Melodi pada  13 Disember lalu, beliau telah memberi kenyataan berhubung perkara ini.

“Buat masa ni nak diam dulu sebab saya kan attention seeker. Tapi lagi dua atau tiga bulan tunggu je la, ada surprise sikit.”

Dalam masa yang sama, terdapat satu komen yang telah mencuri perhatian kerana ia merupakan satu info baharu untuk kita pelajari.

Nampaknya tak ada peluang la Michael nak kahwin ramai ya, selamat Sakinah macam ni, haha!

Apa pun kita doakan yang terbaik sahaja buat pasangan ini.

Sumber foto: Instagram Sharifah Sakinah

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage-15

Sosial

Curi Maklumat Peribadi Melalui ‘Parcel’, Ini Taktik Scammer Untuk Jadikan Anda Mangsa

Ketika ini, rata-rata rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah secara ‘online’ kerana lagi murah dan dan hanya perlu tunggu di rumah untuk menerima barangan tanpa perlu bersesak-sesak. Akan tetapi, tahukah anda bahawa anda turut berisiko dijadikan ‘target’ para penipu. Tidak percaya? Pada setiap bungkusan yang anda terima, pastinya mengandungi maklumat peribadi anda seperti nama, alamat dan nombor telefon. Boleh sahaja, para... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *