Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Cover Lagu Dari Seberang, Sufian Suhaimi Harap Hubungan Malaysia Dan Indonesia Membaik

today30 December 2020

Background

Isu permasalahan antara Malaysia dan Indonesia sedang diperkatakan  kerana timbul perkara yang tidak bagus, apabila wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengubah lagu kebangsaan Indonesia.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia dapat mengeruhkan hubungan rapat antara kedua-dua negara ini.

Pada 29 Disember 2020, penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi telah berkongsi satu video di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_)

Video yang dimuat naik itu adalah sedutan daripada lagu Pura-Pura Lupa nyanyian asal penyanyi dari seberang iaitu Mahen, yang dinyanyikan semula oleh Sufian.

Menurut kapsyen:-

“2020 tahun yang menguji dan menyatukan kita semua. Kita berjauhan tapi saling berhubung.
Semoga hubungan ini terus kekal dan semoga dunia cepat sembuh. Kita serumpun ??@youtube”

Berdasarkan perkongsian tersebut, Sufian menyatakan keakraban Malaysia dan Indonesia yang sentiasa berhubung.

Selain itu, beliau berharap hubungan dua negara ini terus kekal baik kerana kita adalah serumpun.

Benar apa yang dikatakan Sufian, hubungan baik ini perlu dijaga bersama.

Semoga perkara yang boleh menimbulkan permasalahan antara dua negara ini tidak terjadi lagi.

 

Sumber: Instagram Sufian Suhaimi

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

[VIDEO] Tak Kisah Tolong Ayah ‘Angkat Sawit’ Di Kebun, Kudrat Gadis Ini Buat Netizen Kagum

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih lebih 136K tontonan dan 15K tanda suka oleh pengguna media sosial TikTok sejak ia dimuat naik.Malah tinjauan di ruangan komen video itu pula, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kudrat yang dimiliki oleh gadis berkenaan.Bahkan ada yang memberi komen, mereka mungkin tidak akan mampu membuat kerja itu selain berseloroh mahu mengahwini Rachel meskipun hantarannya mahal.Berikut di bawah antara komen menarik yang... […]

today30 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *