Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

CP Khaleeda Ubati Kerinduan Ramai, Muat Naik Foto Terbaharu Bersama TTA!

today11 January 2021

Background

Sekitar tahun 2015, kerabat di raja Johor pernah menjadi perhatian ramai terutamanya di media sosial kerana sikap merendah diri, suka bermesra atau berkongsi cerita dan kehidupan mereka di laman sosial.

Namun, segalanya berubah selepas kemangkatan anakanda Sultan Johor, allahyarham Tunku Laksamana Tunku Abdul Jalil akibat kanser hati pada usia 25 tahun.

Ramai mengetahui bahawa kekandanya Tunku Tun Aminah atau lebih mesra disapa TTA pernah mempunyai laman sosial sendiri dan gemar memperagakan pakaian serta aksesori sehingga mampu menjadi inspirasi buat pengikutnya.

Bagaimanapun, akaun tersebut telah dinyahaktif berkemungkinan TTA mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarganya.

Baru-baru ini, isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YAM Che Puan Khaleeda tampil memuat naik foto terbaharu memaparkan dirinya bersama TTA di laman Instagram:-

“My beautiful sister in law Tunku Tun,” tulisnya berserta emoji berbentuk hati

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kejelitaan kedua-dua kerabat di raja Johor tersebut selain meninggalkan reaksi positif.

Dalam pada itu, terdapat juga yang memohon agar TTA kembali aktif menerusi sosial media.





Sumber foto: Instagram YAM Che Puan Khaleeda

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Crawley aibkan Leeds | Harian Metro

London: Leeds mengalami kekalahan memalukan selepas tewas 0-3 kepada kelab Liga Dua, Crawley Town pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Broadfield, sebentar tadi. Skuad Marcelo Bielsa bermula cemerlang selepas 16 tahun tersingkir daripada liga utama dengan menampilkan corak serangan yang menarik minat ramai penyokong. Tetapi Bielsa masih lagi gagal memenangi Piala FA sepanjang tiga musim mengendalikan pasukan dan dihukum selepas merehatkan beberapa pemain utama. Illan Meslier, Stuart... Klik sini […]

today10 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *