Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Daddy I’m Not Ready For This,” Ramai Ikut Sebak Bila Lara Alana Nangis

today16 November 2020

Background

Baru-baru ini, anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana baru sahaja kehilangan haiwan peliharaannya.

Ikan yang diberi nama Sushi dimaklumkan telah mati pada awal November lalu dan perkara itu telah dikongsikan menerusi laman Instagram milik Lara:-

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lara Alana Ahmad (@laraalanaa)

Menurut Scha, Lara tidak boleh berhenti menangis sebaik dimaklumkan tentang kematian ikan yang dibela sejak Mac 2020.

Lebih menyedihkan apabila Sushi kelihatan terapung di permukaan air dan Lara menyangka ia mampu hidup semula sekiranya ikan tersebut diberi makanan.

“Daddy, I’m not ready for this” ujar Lara berulang kali

Menurut kapsyen yang ditulis, kini Lara tahu, rata-rata individu di muka bumi ini tidak akan mampu bersedia berhadapan dengan situasi tersebut.

“Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang.” tulisnya

Walaupun ia mungkin perkara kecil bagi anda, ataupun bahan jenaka buat sesetengah pihak, namun ia tidak bagi kami di Hot FM.

Semoga Lara Alana terus kuat, tabah dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa..

 

Baca artikel berkenaan: Lara Alana Menangis Tak Henti Nampak Ikan Peliharaan Mati

Sumber daripada: Instagram Lara Alana

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Lepas Bantu 250 Pemandu Van Sekolah, Ustaz Ebit Lew Bagi Haiwan Makan Pula Di Zoo Negara

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, UEL memaklumkan beliau mendapat permintaan untuk menyelamatkan haiwan di Zoo Negara.Katanya, permintaan itu dibuat sendiri oleh pengurusan Zoo Negara susulan tidak mampu menampung kos perbelanjaan dan penyelenggaraan mereka yang berjumlah RM1 juta setiap bulan akibat Covid-19.“Mereka (Zoo Negara) menampung kos dengan hasil jualan tiket, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sumber pendapatan kian susut.“Sayu... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today15 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *