Dengarnya pelakon Zarina Anjoulie kini sudah mula berbaik semula bersama dengan pelakon yang turut pernah terpalit dengan gosip panas iaitu Nur Fathia Latiff.

Selepeas dua tahun dikatakan bermasam muka disebabkan beberapa isu, kini Fathia dan Zarina atau lebih mesra disapa Anju sudah boleh duduk satu kerusi dan berpegangan tangan.
Anju pada 2 Februari ada memuat naik satu foto menunjukkan beliau sedang memegang tangan seseorang sambil berlatar belakangkan kolam renang.

Dalam masa yang sama, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan komen netizen yang menjawab bahawa tangan tersebut merupakan milik Fathia.

Ketika menjengah di laman Instagram Fathia, kelihatan pelakon drama Ariana Rose itu turut kelihatan memuat naik foto di Instagram story memegang tangan seseorang berlatar belakangkan lokasi yang sama seperti foto Anju.

Nampaknya episod bercakaran antara Fathia dan Anju kini sudah tamat dan mungkin selepas ini mereka akan menjadi sahabat baik seperti dulu.
Tetapi satu perkara yang masih menjadi tanda tanya apabila mereka masih belum mengikuti laman Instagram masing-masing.
Adakah hal ini kerana mereka tidak mahu persahabatan ini diketahui umum dan hanya mahu ia dirahsiakan?
![GAMBAR] Ismail Izzani & Zarina Anjoulie Liar Di Kelab Malam? | KLONINGAN](https://www.hangat.com/wp-content/uploads/2018/09/Screen-Shot-2018-09-01-at-11.44.01-AM.jpg)
Apa pun, diharapkan hubungan antara Fathia dan Anju akan terus baik dan semoga persahabatan mereka ini berkekalan selama-lamanya!
Sumber foto: Instagram Zarina Anjoulie dan Instagram Fathia Latif
Post comments (0)