Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Dah Macam Kicap Kulit Ni,” -Hanez Suraya

today2 December 2020

Background

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia pada Mac 2020, ramai selebriti tempatan mengambil peluang untuk kekal sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti sukan.

Antara sukan yang mendapat tempat dihati rakan-rakan artis termasuklah berbasikal.

Tak kira sama ada lelaki mahupun wanita, mereka seakan dilihat berlumba-lumba untuk mengemaskini laman sosial masing-masing dengan memuat naik foto melakukan aktivit berkenaan.

Bagaimanapun bagi aktress Hanez Suraya, sebelum PKP dilaksanakan lagi beliau sudah serasi dengan aktiviti tersebut.

Sehingga kini juga, beliau masih lagi aktif berbasikal malah tidak pernah jemu dan kenal erti penat.

Terbaharu, Hanez telah memuat naik sekeping foto memaparkan wajah terkini yang dilihat putih kemerahan seakan sunburn.

“Dah macam kicap kulit ni,” tulisnya

Kicap-kicap pun masih cantik dan manis kan? Apa-apa pun, semoga Hanez terus kekal aktif dan dapat beri inspirasi buat ramai wanita. You go girl!

 

Baca artikel berkaitan: Ditegur Netizen Kerana Berbasikal & Berpakaian Ketat, Ini Jawapan Padu Hanez Suraya

Sumber foto: Instagram Hanez Suraya

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Ubat punca Maradona meninggal dunia

Buenos Aires: Diego Maradona diberikan koktel dadah termasuk antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar. Ia didapati selepas serbuan yang dilakukan polis Argentina di rumah doktor legenda bola sepak itu. Siasatan dijalankan atas kemungkinan pembunuhan selepas Maradona meninggal dunia, minggu lalu. Maradona meninggal dunia susulan kegagalan jantung yang turut menyebabkan pengumpulan cecair dalam tisu di paru-parunya. Pakar kesihatan tidak menolak... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today1 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *