Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Dedah Mahu Berehat Dari Dunia Seni Dan Hiburan, Ini Penjelasan Disebalik Keputusan Neelofa

today29 January 2021

Background

Nama pengacara, pelakon, model dan usahawan terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sudah tidak asing lagi di dalam industri seni dan hiburan.

Bermula dari satu pertandingan ratu cantik sehingga kini sudah mengukir nama di persada antarabangsa, Neelofa ketika ditemu bual diΒ sidang media pelancaran aplikasi TheNoor secara dalam talian memberitahu bahawa dirinya mahu berehat dari dunia seni.

Ditanya mengenai keputusannya itu, usahawan itu mendedahkan keputusan beliau memilih untuk berehat sebentar dari industri seni hiburan adalah kerana mahu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan yang sedang diusahakan ketika ini.

Selain memiliki perniagaan Naelofar Hijab dan Susu Pisang Nilofa, beliau juga telah melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana iaitu TheNoor pada 28 Januari 2021 hasil perkongsian tiga rakan kongsi yang dilengkapi pelbagai ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan.

Disebabkan komitmen yang harus dipikul, Neelofa memilih untuk tidak mengambil apa-apa tawaran berlakon mahupun mengacara.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status hubungannya bersama PU Riz, Neelofa mendedahkan bahawa hubungan cinta mereka masih utuh dan berada dalam keadaan baik.

Neelofa turut menjelaskan, sebelum ini wujudΒ  salah faham serta cerita tidak berasas sehingga memburukkan keadaan dan hubungan mereka, namun segalanya sudah diselesaikan secara baik dan beliau juga bakal mengumumkan mengenai perancangan perkahwinan dalam waktu terdekat ini.

Baca artikel berkaitan : Neelofa Akui Hubungan Dengan PU Riz Baik-Baik Sahaja, Akan Buat Pengumuman Dalam Masa Terdekat

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Bayaran Untuk 30 Orang Sudah ‘Langsai’, Ogy Tak Pernah Lepas Tangan Bayar Hutang

Sosial

Bayaran Untuk 30 Orang Sudah ‘Langsai’, Ogy Tak Pernah Lepas Tangan Bayar Hutang

Isu & Kontroversi Sebelum ini,Β seorang penulis skrip teater tampil mendakwaΒ pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, masih belumΒ melunaskan baki bayaran projek teaterΒ Korupsi Dewan Semandung. Artikel Berkaitan :Β β€˜Nak Lari Ke Mana Saya Ini?’ – Ogy Janji Bayar Duit Tunggakan Khir Rahman Menerusi laporan Berita Harian, Ogy memberitahu bahawa dia sudah membaca luahan Aloy Paradoks termasukΒ komen yang ditulis oleh netizen yang rata-ratanya menghentam tanpa mengetahui cerita sebenar.

today28 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *