Lama juga tidak melihat pelakon Ika Nabella di kaca televisyen, yang juga pernah popular dengan drama Bahagia Bukan Bidaan.
Meninjau kepada perkembangan terbaharu selepas mengambil keputusan untuk berhijab pada November lalu, Ika kini sedang giat menjalankan perniagaan milk booster buat ibu-ibu mengandung.
Sementara itu, Ika dilihat memuat naik hantaran terbaharu di Instagramnya di mana beliau memuat naik swafoto bersama suami tercinta.
View this post on Instagram
Selain tampil berseri di dalam swafoto tersebut, kaspyen yang ditulis Ika juga menarik perhatian.
“Asked him kenapa bila keluar seorang tak pakai perfume? He replied, “tak pakai perfume la bagus you tak risau Sayang!” aikkk?
Ika sempat berkongsi cerita mengenai suaminya Muhammad Zaid Aznam atau lebih mesra dipanggil Zaid yang memberitahu bahawa dirinya tidak akan memakai perfume setiap kali keluar rumah tanpanya.
Awh! Ye lah kalau pakai perfume takut pula ada anasir-anasir lain yang mengacau suaminya pula kan.
Dalam pada itu, Ika juga memberitahu bahawa dirinya tidak pernah musykil dengan tindak tanduk suaminya itu. Dalam erti kata lain, percaya pada suami.
“Sayang @zaidbowie I tak pernah risau segala tingkah laku, tindak tanduk you. Belum tahap tu lagi hahahah. Pakai la sebotoi perfume pun tak pa aih! Anything happen its between you & Allah. I believe Allah will guide us to the right path. He will definitely bagi I hint kan?”
“Besides, I kan biniiiii! Instinct bini kan tak pernah silap. Setuju tak bini-bini sekalian?
Hahahaha bini ni kadang2 buat chill tapi jgn ingat kita terlepas pandang. Sekilas ikan di kolam….. ?”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita juga bersetuju dengan kenyataan Ika bahawa firasat isteri-isteri tidak pernah salah.
Ha jadi kaum lelaki, awas ya!
Untuk rekod, Ika sebelum ini agak keberatan untuk berkongsi dan mengumumkan dirinya sudah berhijab, namun dengan sokongan dan dorongan rakan-rakan, dirinya kini kuat dan memohon orang ramai mendoakannya supaya dirinya terus istiqomah.
Sumber : Instagram Ika Nabella
Post comments (0)