Pendengar setia Hot FM semestinya mengenali penyampai Nordin atau lebih terkenal dengan panggilan Deen.
Pada 2 Disember 2020, Deen telah memuat naik satu video di Instagram yang berkongsi detik isterinya, Wada membuka hadiah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-4.
View this post on Instagram
Melalui caption:-
“Inilah dia perangai sebenar @misswada ye, orang utara kata suka dok terenyeh-renyeh. Sebenarnya, dari sebelum bertunang, memang dia dah aim nak cincin ni (kawan-kawan rapat dia taw la). Tapi, sorry sayang waktu merisik u tak dapat, waktu tunang pun tak dapat & waktu kahwin pun tak dapat jugak. Sengaja i simpan nak bagi waktu ulangtahun ke-4 perkahwinan kita ? i love so much, semoga ikatan perkahwinan ini terus kuat & utuh. Doakan kami ye”
Menurut Deen, cincin yang dihadiahkan adalah cincin idaman yang diinginkan isterinya sejak mereka belum bertunang lagi, iaitu sudah lebih 4 tahun lalu.
So sweet la Deen!
Berdasarkan video, jelas terpancar kegembiraan pada wajah Wada.
Kami di Hot FM ingin ucapkan happy anniversary buat Deen dan Wada!
Sumber: Instagram Deen Hot FM
Post comments (0)