Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Demi Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal Usap Kandungan 2 Bulannya Sebelum Menjerit

today25 January 2021

Background

Drama Takdir Yang Tertulis sudah disebut-sebut kehangatannya walau masih baru bersiaran di slot Samarinda TV3.

Dibintangi pelakon hebat antaranya Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong dan Elvina Mohamad, drama tersebut telah mula bersiaran mulai 21 Januari 2021, dari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Melihat lakonan Nad Zainal yang lantang bersuara, ada kisah di sebaliknya.

Pada 25 Januari 2021, Nad telah berkongsi sedutan iklan drama itu di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

Melalui caption, Nad menulis:-

“masa shoot scene scene rentan ni, tengah 2 bulan mengandung

tiap kali sebelum shoot usap perut…

” Baby… mommy nak work.. ni bukan betul-betul ok? relax je…”

fuhhh!!

episod malam ni makin panas ya kawan-kawan

#takdiryangtertulis”

Nad berkata, babak yang dilakonkan untuk drama tu adalah ketika kehamilannya berusia 2 bulan.

Oleh itu, ia satu tugas yang agak mencabar buat dirinya ketika beliau sedang berbadan dua.

Dalam pada itu, Nad memberi gambaran episod seterusnya Takdir Yang Tertulis akan semakin ‘panas’!

Di ruangan komen pula, ramai yang meninggalkan pendapat mereka untuk perkongsian itu.

 

Baca artikel berkaitan: ‘Takdir Yang Tertulis’, Sebuah Drama Khas Buat Perampas

Sumber: Instagram Nad Zainal

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *