Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi dijalankan, bermacam-macam aktiviti telah terbantut sehingga membuatkan banyak pihak terkesan dengan pandemik yang melanda dunia semenjak awal tahun lalu.
Dalam masa yang sama, pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang turut terpaksa meneruskan sesi pengambaran drama terbaharunya yang dilakukan di sebuah kawasan hotel di Ipoh, Perak.

Namun nampaknya ada pihak yang membuat aduan mengatakan bahawa pengarah tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Disebabkan itu, Mike telah mengambil keputusan untuk memuat naik satu video pendek bagi menunjukkan lokasi pengambaran di dalam hotel tersebut.
View this post on Instagram
Di dalam video berkenaan, Mike ada menyebut bahawa terdapat penggiat seni lain yang menuduh beliau bersama krew produksi menjalani pengambaran di kawasan luar dan melanggar SOP yang telah ditetapkan.
“Assalamulaikum guys, kepada penggiat seni yang mengatakan aku shoot luar kawasan hotel. Ha, ni hotel lagi. Haritu gambar kat sini la, haritu takde kereta. Kita memang shoot dekat dalam hotel je bukan dekat luar.”
Lebih mengecewakan apabila dakwaan itu telah dilakukan sendiri oleh salah seorang pelakon tambahan di dalam drama di bawah terbitannya itu.
Ramai pengikutnya turut memberi kata-kata sokongan kepada Mike dan krew produksi supaya tidak berputus asa untuk meneruskan pengambaran.

Mereka turut mendedahkan bahawa kawasan hotel tersebut sememangnya luas dan mempunyai banyak kemudahan lain berbanding hotel lain yang terdapat di Ipoh.
Ala, tak best la kalau krew sendiri yang sebar berita palsu sebab sudah semestinya mereka pun berada di kawasan yang sama, macam mana boleh buat fitnah juga ni?
Apa pun, sama-sama kita beringat untuk tidak menyebarkan berita palsu dan sentiasa patuhi SOP!
Sumber foto dan video: Instagram Michael Ang
Post comments (0)