Penyanyi Elizabeth Tan sudah bergelar seorang isteri setelah beliau disatukan bersama pasangannya dengan bersaksikan ahli keluarga dan kenalan rapat.
Namun beliau yang juga mesra disapa Lizzy itu, belum lagi berkongsi foto di hari perkahwinannya secara rasmi di media sosial.

Baru-baru ini pula, penyanyi tersebut dikatakan telah hamil.
Ia berdasarkan satu hantaran di Instagram beliau ketika bergambar bersama pelakon Angeline Tan sebelum ini, yang dikatakan menampakkan Lizzy seakan-akan sedang hamil.
Menjawab persoalan tersebut, Lizzy telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 5 April 2021.
Melalui hantaran itu, Lizzy menafikan perkara berkenaan dengan menulis pada ruangan caption “Saya tak pregnant ?”
Ha, Lizzy pun dan menjawab persoalan ramai tu.
Semoga yang baik-baik saja untuk Lizzy selepas ini kerana para peminat pun tumpang gembira dengan perkembangan baik daripada beliau.
Baca artikel berkaitan: “Kahwin Ke Tak, Lizzy Tetap Sama” Ramai Lelaki Luah Rasa Kecewa, Mahu Elizabeth Tan Berhenti Beri Harapan
Sumber: Instagram Elizabeth Tan