Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dikatakan Sengaja Menunjuk, Ini Komen Aeril Zafrel Tentang Foto Solat Jemaah Dengan Isteri

today2 February 2021

Background

Ramai tahu bahawa pelakon Aeril Zafrel baru sahaja bebas daripada wabak COVID-19 selepas menjalani ujian calitan kedua.

Selepas mendapati bahawa dirinya didapati negatif daripada wabak itu, Aeril telah kembali ke pangkuan keluarganya dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Baru-baru ini, Aeril telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya di mana dia bersama isterinya sesudah menunaikan solat secara berjemaah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Dalam posting tersebut, beliau memaklumkan baru kali ini berkesempatan menunaikan solat berjemaah dengan isteri selepas hampir beberapa minggu solat bersendirian kerana menjalani kuarantin.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut nyata tidak disenangi oleh seorang netizen yang mempersoalkan Aeril yang seolah-olah menunjuk-nunjuk ketika beribadat.

Tak hanya berdiam diri, Aeril telah tampil membalas komen tersebut secara berseloroh dan menarik perhatian warganet sehingga mengumpul lebih daripada 10,000 tanda suka di jawapan balas pelakon tersebut.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram suami kepada Wawa Zainal tersebut dengan menyokong kenyataan balas Aeril yang menghiburkan.

Macam-macam hal kan! Apa-apa pun, kita masih lagi belum menang ya, sama-sama kita bantu barisan hadapan dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Duduk di rumah sekiranya tiada kepentingan untuk berada di luar, amalkan kawalan kendiri dan jaga keselamatan keluarga masing-masing.

Sumber video: Instagram Aeril Zafrel

 

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sosial

Lelaki Ini ‘Tertipu’ Ingat Nak Beli Sarung Bantal Baru, Tapi Rupa-Rupanya Baby Pillow Case

Akibatnya, salah satu barangan yang lelaki itu rupa-rupanya tersalah beli apabila dia cuba memeriksa item tersebut setelah sampai di rumahnya.Katanya, dia mahukan sarung bantal baru tetapi rupa-rupanya dia telah membeli sarung bantal baby yang bersaiz kecil dan sebesar tapak tangannya.Hasil tinjauan pada gambar yang dikongsikannya itu ternyata barangan berkenaan sebenarnya sudah pun tertulis Baby Piilow Case dan saiznya berukuran 20cm x 30cm, kemungkinan besar dia tidak menyedarinya... Klik sini untuk […]

today1 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *