Umum mengetahui pelakon dan pengacara Mira Filzah telahpun selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Wan Emir Astar pada 3 September 2020.
Ketiga-tiga majlis yang diadakan serba ringkas namun meriah itu telah dihadiri keluarga, teman rapat dan para media, sekaligus mendapat liputan yang luas sehingga ia menjadi topik bualan hangat sepanjang minggu tersebut malah sehingga ke saat ini.
Mana tidaknya, pengacara yang mengendalikan program Nona itu juga mempunyai peminat dan followers tersendiri di sosial media.
Namun, berita-berita berkenaan telah menimbulkan tidak puas hati seorang netizen yang mengatakan dia muak melihat pasangan berkenaan.
“So annoying do u think u r the only one who get married in Malaysia.. Ur news everywhere so annoying..”
Pengguna sosial media tersebut turut sempat mengkritik lakonan aktress tersebut di kaca televisyen.
Mira bagaimanapun tenang menjawab soalan berkenaan di laman Instagram Story miliknya:-
Apa-apa pun, janganlah kita dengki ataupun iri hati sesama manusia. Kan lebih baik kalau kita mendoakan kesejahteraan mereka.
Yang paling penting, kalau tiada perkara yang baik untuk diperkatakan, lebih baik berdiam diri ok?
Post comments (0)