Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Dunia Akhir Zaman…” Lufya Omar Pesan Tolong Unfollow Dan Jangan Support Mereka

today1 April 2021

Background

Rakan selebriti seorang demi seorang cuba untuk menegur tetapi tetap tidak diendahkan.

Memuat naik kenyataan gambar, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar meminta untuk semua berhenti menyokong kumpulan yang sedang bermasalah ini supaya tidak menjadi lebih teruk sehingga ada yang sudah ke tahap mahu murtad.

“Jangan tag nama sesiapa. Bukan tujuan mengaibkan sesiapa. Just unfollow and don’t support them. Benda salah jangan support.  Akhir zaman orang akan cakap hitam tu putih, putih tu pulak hitam”

Bukan seorang sahaja yang telah melakukan tindakan yang sedemikian tapi ramai yang sudah mulai perasan tentang trend yang mungkin sudah menjadi newnorm bagi mereka yang sedang mempunyai masalah keyakinan diri dan mula memuat naik gambar atau video yang tidak sepatutnya untuk meraih perhatian.

“Kecam tapi like beribu…Sebab tu kadang-kadang mereka x amik teguran sebab mereka di-like…Thank you menyuarakan…Actually kita like pon dapat dosa…Kalau like sesuatu yang menunjukkan dosa.

“InshaAllah dengan cara ini dapat kurangkan dosa”

Tindakan yang dibuat oleh Lufya ini juga turut mendapat pujian daripada netizen kerana terlihat tidak terlalu mengaibkan.

Posting yang dibuat oleh beliau adalah secara umum dan tidak mahu menyebut siapakah gerangan yang dimaksudkan.

Walaubagaimanapun, tindakan untuk menyekat dan melaporkan kepada pihak berwajib adalah cara terbaik untuk tidak menyokong perilaku aneh yang dilakukan oleh ‘individu’ terbabit.

“Exactly. Been doing that. Just unfollow and even report and block if the account go beyond limits. Don’t discuss and share about it”

“Kita tidak tahu pengakhiran mereka, apa-apa pun terus berdoa supaya mereka diberikan hidayah.. amin”

Menjelang ramadan yang bakal menghampiri, warganet berpendapat untuk teruskan berdoa dan menyebut perkataan yang baik-baik sahaja agar mungkin mereka yang mendengar ini dapat berubah hati dan diberikan hidayah.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Lufya Omar

Written by: Azra Azuar


Previous post