Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Dunia Sekarang Senang Fitnah Tersebar,” Syifa Melvin Tuju Dekat Siapa Tu?

today7 October 2020

Background

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan khabar gembira selepas tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid terbang ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC.

Safawi yang ketika ini sudahpun berada di lokasi berkenaan berhijrah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Turut berkongsi kegembiraan tentang perkara tersebut pastinya wanita yang dikaitkan dengan Safawi iaitu adik kepada pelakon dan usahawan Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin.

Syifa turut dilihat memberi sokongan padu kepada Safawi dengan menghantarnya ke lapangan terbang.

Safawi Rasid (empat dari kiri), Syifa (empat dari kanan) bersama rakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto ihsan IG lia_natalia

Namun, baru-baru ini Syifa telah memuat naik kenyataan menerusi laman Instagram Story miliknya dengan berkata:-

“Fitnah boleh terjadi hanya di hujung jari,” ujarnya.

Syifa turut memesan kepada orang ramai supaya tidak berkongsi tentang sesuatu perkara ataupun menjadikannya sesuatu bahan sekiranya tidak pasti sejauh mana kesahihannya.

Menurutnya juga, setiap perkara yang ditulis ialah lambang keperibadian sendiri.

Betul kata Syifa tu, apa-apa pun Tengku Mahkota Johor dah muat naik foto yang memaparkan Safawi memakai jersi nombor 9. Selamat maju jaya buat Safawi!

 

Artikel ditulis oleh: Fatin Hamimah

Sumber foto: Berita Harian, Instagram Tengku Mahkota Johor & Syifa Melvin

Written by: Azra Azuar


Previous post

Sukan

Shaqiri pemain ketiga Reds positif Covid-19

London: Persatuan Bolasepak Switzerland mengesahkan bintang Liverpool, Xherdan Shaqiri positif ujian Covid-19. Shaqiri menjadi pemain ketiga The Reds yang positif ujian virus berkenaan selepas Thiago Alcantara dan Sadio Mane. "Dalam perbincangan dengan pihak berkuasa kesihatan, dia (Shaqiri) perlu menjalani kuarantin," kata Persatuan Bolasepak Switzerland. "Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan mengenai bagaimana cara untuk memastikan pasukan bebas daripada... Klik sini untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *