Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Elfira Loy Seronok Dipuji Suami, Ramai Akui Kaum Lelaki Jarang Komen Sebab Takut Kena Marah

today18 May 2021

Background

Siapa je yang tak seronok bila kena puji dengan suami, lagi-lagi bila pujian itu kedengaran ikhlas dari hati mereka.

Pelakon Elfira Loy ada kongsikan perasaan gembiranya apabila suaminya, Faris Khairol Anuar memuji hasil solekannya yang dikatakan kelihatan berseri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Menurut Elfira atau lebih mesra dengan panggilan El, suaminya memberitahu bahawa sebelum ini gincu yang digunakan olehnya kelihatan pucat berbanding yang digayakan olehnya pada sesi bergambar bersama keluarga pada 1 Syawal lalu.

Disebabkan caption yang dikongsikan oleh El itu, maka ramai lah kaum wanita muncul di ruangan komen memberi pendapat mereka mengenai lelaki yang jarang memuji.

Rata-rata daripada mereka mengakui bahawa kaum lelaki jadi takut untuk memuji sebab risau jika tersalah cakap, confirm ada yang akan mengamuk pula.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen memberitahu El tetap kelihatan cantik walaupun tidak mengenakan sebarang makeup.

Semua wanita di atas muka bumi ni cantik-cantik belaka jadi jangan sedih kalau tak ada yang memuji sebab kita ni cantik secara natural beauty!

Baca juga artikel berkaitan:

Elfira Loy Buka Cerita, Kegigihan Suami Sebelum Berkahwin

Beri Anak Pakai Jersi Bola Pasukan Musuh, Elfira Loy ‘Saja’ Mahu Sakitkan Hati Suami

Sumber foto: Instagram Elfira Loy

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post