Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Faezah Elai Risau Hantar Anak Ke Sekolah Gara-Gara Sikap Ibubapa Tidak Ikut SOP

today4 March 2021

Background

Ibu bapa mana yang tidak risau dengan keselamatan anak-anak mereka, lebih-lebih lagi di zaman pandemik virus Covid-19 ini.

Susulan pengumuman oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin membenarkan kembali pembukaan sekolah pada 1 Mac 2021 iaitu untuk murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara manakala Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula pada 8 Mac.

Sehubungan itu, pelakon terkenal iaitu Faezah Elai juga dilihat menghantar anaknya ke sekolah, namun meluahkan rasa tidak senang dengan segelintir ibu bapa yang tidak mengikuti SOP yang telah disarankan oleh MKN.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

“Dlm dok kata.. lani celah mana anak cheq nk lalu.. sbb tu berat nk hantaq pi school.. cheq sanggup berdiri dlm hujan supaya tk block jln budak2 nk keluaq.. haihh!!!! Ni klu lah ada sorang dlm ramai2 ni ada covid,mampoih semua kena!!
Nk jerit suruh tepi satgi depa kata berlagak pulak,compom kena sound,tk mau ramai hantaq anak pi private school lah!!
.
Cikgu dh baguih dh ikut SOP.. adoii.. kesian cikgu dok menjerit..

Menurut Faezah, ramai ibubapa yang tidak mengikuti SOP ketika menghantar dan membawa pulang anak-anak, ada yang berdiri berdekatan pintu keluar dan masuk sehingga menghalang laluan pelajar-pelajar itu.

Katanya, bukan tidak mahu menegur, takut beliau dituduh sombong pula.

Di samping itu, Faezah sempat memuji kecekapan cikgu-cikgu yang memantau dan mengikuti SOP.

Diharapkan semua ibubapa mengambil iktibar dari perkongsian Faezah dan bersama-sama menjadi ibubapa yang bertanggungjawab dan peka dengan keadaan sekeliling.

 

Sumber : Instagram Faezah Elai

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Terima DM Dikatakan Suka Menunjuk, Siti Sarah Tampil Beri Penjelasan Mengenai Tindakannya

“Dalam kehidupan kita ni, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, ape lagi kalau kita ni terbuat salah, lagi terok jadinye...Yg nak marah sangat tu kenapa? Kite bagi benda haram ke sampai sakit sgt hati tu? Sarah ni bgi dadah ke? Bagi air todi yg mabuk2 ke??? Frontliner tu ada yang tak cuti-cuti, byak sgt dugaan yang diorang kena hadap. Ape yg Sarah bagi kecik […]

today4 March 2021