Pada awal pagi Khamis 22 Oktober yang lalu, pelakon yang popular dengan drama Titian Cinta iaitu Farah Nabilah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat di sebuah hospital swasta.
Beliau telah berkongsi berita gembira tersebut di Instagram, namun belum berkongsi wajah dan nama bayinya.
Pada 28 Oktober, Farah telah memuat naik satu hantaran di Instagram dengan sebuah foto menunjukkan jari dan sebahagian pipi gebu bayinya dipertontonkan buat peminat.

Hantaran itu disertakan dengan nama bayi lelakinya bernama Andre Omar bin Mohamed Amirul.
Farah turut menambah dalam caption hantaran itu:-
“yes, all those food I’ve ordered through mommy’s womb service went to my cheeks”
Rata-rata peminat dan pengikut pelakon berkenaan menunjukkan reaksi serta emoji teruja dan gembira dengan perkembangan itu.
Untuk rekod, Farah telah berkahwin dengan juruterbang Mohamed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun lalu.
Mesti para peminat tidak sabar untuk melihat foto penuh Andre Omar nanti!
Baca artikel berkaitan:Tangisan Pertama Si Comel, Farah Nabilah Dapat Baby Boy!
Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof
Sumber daripada: Instagram Farah Nabilah Official
Post comments (0)