“Kuss semangat…herot-petot mulut saya baca skrip berita…hebat Uyaina speaking English! Mantap??”
Jika dahulu bahasa puitisnya yang sarat dengan makna dan teguran berjaya menyentuh sekali gus mengetuk hati warganet berkaitan isu pelanggaran larangan merentas negeri, kali ini namanya sekali lagi disebut-sebut kerana fasih dan petah bertutur dalam bahasa asing.
Memuat naik video di laman Instagram, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mempamerkan kebolehannya dalam bertutur bahasa Inggeris dengan membaca skrip berita luar negara dengan begitu lancar.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dikongsikan itu, rata-rata warganet memuji selebriti jelita ini kerana mampu menyahut cabaran dalam membaca skrip berita menerusi video TikTok yang menjadi tular.
Bakat terpendam yang dimiliki oleh Uyaina ini dikatakan mampu digilap serta kena pada pakej lengkap yang ada pada dirinya itu untuk menjadikan dia seorang penyampai berita yang profesional suatu hari nanti.

Biasanya apabila terdapat selebriti yang fasih berbahasa Inggeris, mereka sering dilabel sebagai artis yang educated dan lebih “dipandang” oleh masyarakat.
Sepanjang musim pandemik Covid-19 ini, pelbagai jenis video TikTok yang menarik dan kreatif muncul dalam media sosial.
Selain itu, video cabaran membaca berita dalam bahasa Melayu juga berjaya meraih perhatian beberapa selebriti tanah air seperti Daiyan Trisha, Baby Shima, Nabila Huda dan Uyaina sendiri.
View this post on Instagram
Kata orang, tak apa jika bertutur apa jua bahasa yang ingin dipelajari meskipun gagap dan terdapat kesalahan tatabahasa, apa yang penting keinginan untuk menimba ilmu itu harus tetap dipuji.
Tak kiralah setinggi mana sekali pun pendidikan yang mereka terima, jika lancar dan fasih dalam sesuatu pertuturan mahupun digelar “ala-ala matsalleh” sekalipun ia harus tetap dipuji kerana berani mencuba sesuatu yang baharu.
Jika terus kekal di takuk lama, tidak mustahil rakyat terutama orang Melayu terus ketinggalan dari segi penguasaan ilmu kerana bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu.
Lihat saja di mana kita berada, penguasaan bahasa Inggeris kini amat penting sekiranya mahu bersaing dalam dunia pekerjaan yang kian mencabar, malah penguasaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan Mandarin membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor korporat.
Jadi, jangan takut untuk memcuba pelajari benda baharu ya. Good Job Uyaina!
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Uyaina Arshad