Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Fatin Afeefa Sertai Program Vokal Mania, Harap Minggu Ini Tiada Lagi Yang Mengeluh…

today13 November 2020

Background

Selama dua minggu ini, program Vokal Mania telah mendapat kecaman hebat oleh netizen selepas dua peserta mereka membuat kesilapan ketika melakukan persembahan.

Namun kemungkinan pada minggu ini kita dapat lihat kelainan di atas pentas apabila salah seorang peserta  program tersebut merupakan selebriti tempatan yang dikenali ramai.

Selebriti yang dimaksudkan ialah Fatin Afeefa yang disahkan bakal bertanding di pentas Vokal Mania pada minggu ke-4 ini.

Pelakon filem Tentang Bulan itu telah memuat naik satu video kompilasi memperlihatkan dia membuat cover beberapa lagu seterusnya mendapat pujian ramai peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A F E E F A ? (@fatinafeefa)

Rata-rata turut meninggalkan komen positif dan menganggap Fatin boleh bergelar seorang penyanyi kerana dia memiliki suara yang merdu.

Sebelum ini, Fatin juga mempunyai beberapa lagunya sendiri antaranya ialah Tentang Bulan, Satu Jam Saja dan Ke Pangkal Kasih.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 26 tahun ini juga sering membuat cover lagu bersama pelakon Nazim Othman serta salah satu lagu cover berjudul Haa Tepok nyanyian asal MK K-Clique dan Kidd Santhe juga turut mendapat tontonan sebanyak 1 juta di YouTube.

Dekat sini kita boleh katakan bahawa Fatin sememangnya seorang selebriti yang berbakat besar.

Mana tahu lepas ni Fatin akan jadi penyanyi terkenal pula ke kan? Apa pun, good luck Fatin Afeefa!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

india-aunty-beat_d575.1920

Sosial

Gara-Gara Dipanggil ‘Mak Cik’, Remaja Ini Dibelasah Oleh Wanita Berusia 40 Tahun

Istilah ‘mak cik’ atau ‘pak cik’ sering digunakan oleh kebanyakan orang di Asia. Ia melambangkan tanda hormat kepada mereka yang lebih tua daripada kita. Di barat, budaya ini sedikit berbeza apabila sesetengah daripada mereka di sana lebih selesa memanggil orang, tidak kira tua atau pun muda, dengan panggilan nama pertama. Bagaimanapun, walaupun budaya ini sudah sebati di Asia, bagi sesetengah orang, ia dianggap sesuatu yang kurang ajar jika... Klik sini […]

today13 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *