Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Fizo Omar Tegur Netizen Jaga Adab Bila Bergambar Dengan Selebriti

today9 November 2020

Background

Pelakon dan pengacara Fizo Omar telah memuat naik satu perkongsian di Instagram pada 9 November 2020, yang memaparkan screenshot dari tweet miliknya.

Melalui perkongsian tersebut, Fizo menegur segelintir netizen yang ingin bergambar dengan selebriti pada waktu yang kurang sesuai.

Dia memberi situasi ketika seseorang itu sedang makan dan dipanggil untuk bergambar.

Melalui captionnya:-

“Dah jadi public figure, thats the price we have to pay la kan. Syukur alhamdulillah masih ade peminat dan orang support kita.

Tapi common sense la, kalau tgh makan or tgh in the middle of something yg serious, ade yg siap bg insruction lagi, “awk pg ke meja sane jap, kitaorang nak bergambar” , kau bru nak suap makan ni (lagi2 tgh lapar xsempat nak makan)… hmmmm… mcm mne kau nak react ni???

Sya sebenarnya xkisah pun, malah happy jer bila kua in public dan orang nak bergambar, as a celebrity kita rasa mcm dihargai bila ade peminat nak bergambar ataupun autograph, tapi kene tgk la keadaan dan situasi.

Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tgh makan n disuruh kesana sini utk nak bergambar.

Cuma sya faham di tempat peminat, bukan lah dia kurang beradab ke ape, kadang tu terlebih excited bila jmpe some one yg dia minat or admire.

Namun menurut Fizo, dia bukanlah berniat untuk marah kepada peminat tetapi hanya mengingatkan.

Katanya lagi, biarlah adab menggambarkan nilai bangsa.

Jadi lepas ni korang kalau nak bergambar dengan selebriti atau sesiapa pun, tengok dulu keadan mengizinkan atau tidak, okay?

Baca artikel berikut: Fizo, Amelia, Nazim & Afifah Bergabung Dalam Pengantin 1 Malam

Sumber: Instagram Fizo Omar

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Berita Baik Buat Peminat Tegar Kopi, Rebut Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ Di Happy 11.11 Sale!

Istimewanya Chek Hup Coffee Brown ialah rasanya yang berkrim dan smooth. Bayangkanlah kopi ini dirumus khas menggunakan gula perang, karamel dan bebas perisa kopi tiruan. Haa.. rugilah jika anda tak pernah cuba kopi gula perang keluaran Chek Hup.Sekarang Chek Hup sedang mengadakan promosi sempena Happy 11.11 Sale. Paling menarik, promosi Buy 1 Free 1*!!! Dengan pembelian satu set kombo Chek Hup Coffee Brown, anda akan dapat satu pek Chek Hup Coffee Brown secara percuma!!!Bukan... Klik sini untuk […]

today9 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *