Pelakon Fizo Omar diketahui merupakan seorang bapa kepada anaknya, Wan Maryam dan juga bekas suami kepada usahawan Mawar Karim.
Ketika kes COVID-19 menunjukkan angka jangkitan baru harian yang masih tinggi, Fizo telah berkongsi berita duka di Instagram miliknya pada 5 Januari 2021.
View this post on Instagram
Melalui perkongsian itu, Fizo memberitahu bahawa Maryam dan Mawar telah disahkan positif COVID-19.
Menurut kapsyen:-
“Maryam dan Mawar disahkan positive covid-19.
Sya sgt hargai doa dari anda semua.ameen.tqvm”
Fizo berkata, perkara itu disahkan pada 1 Januari 2021 setelah mendapat keputusan ujian yang dilakukan.
Kedua-dua beranak itu kini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.
Menurutnya, perkara yang berlaku merupakan satu ketentuan dan tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak.
Beliau percaya ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku ini.
Dalam pada itu, Fizo sudahpun melakukan swab test pada 2 Januari 2021 dan keputusannya adalah negatif.
Fizo mengharapkan doa daripada orang ramai dan berpesan kepada semua supaya patuh akan SOP dalam mengekang penularan COVID-19.
Sumber: Instagram Fizo Omar dan Mawar Karim
Post comments (0)