Sekarang ini macam-macam helah yang dilakukan oleh banyak pihak untuk menarik minat orang bagi melabur atau menggunakan khidmat business yang dilakukannya.
Jika sebelum ini penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni telah menjadi mangsa apabila video dan foto mereka disalah gunakan oleh scammer, kini giliran pelakon Eyra Hazali pula.
Eyra telah menjadi mangsa apabila terdapat satu syarikat dikenali sebagai IQ Option Co. 2020 telah menggunakan fotonya bersama dengan anak dan suaminya, Haziq Nadzli kononnya mereka menggunakan perkhidmatan pelaburan bersama dengan syarikat tersebut.
View this post on Instagram
Menurut pelakon drama Nur 2 itu, beliau telah mendapat direct message daripada pengikutnya di Instagram memaklumkan mengenai posting yang dibuat oleh syarikat berkenaan.
Akui terkejut dengan perkara tersebut, Eyra telah menghubungi sendiri syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak mereka.
Namun syarikat berkenaan cuba untuk menafikan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa foto Eyra itu telah diberikan oleh pihak lain.
Lebih mengejutkan apabila bukan Eyra sahaja menjadi mangsa malah syarikat berkenaan turut pernah menggunakan foto orang lain dengan tujuan yang sama.
Disebabkan itu, Eyra telah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut dan berharap agar ia dapat diselesaikan dengan segera.
Macam-macam gaya ya sekarang ni nak tarik minat orang sampai sanggup buat marketing palsu macam tu…
Apa pun diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, risau pula nanti takut ada yang terperdaya.
Baca juga artikel sebelum ini:
Semakin Rancak Video Palsu Dimainkan, Haziq Hussni Harap Netizen Jangan Mudah Percaya
Sumber foto: Instagram Eyra Hazali
Post comments (0)