Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Ganasnya Anak Hang!” Hidung Sarima Berdarah Lepas Kena Rempuh Dengan Syeriv Samheizy

today21 December 2020

Background

Ngilu rasanya apabila melihat foto Sarima Samheizy yang cedera di bahagian hidung selepas dilanggar oleh abangnya, Syeriv Samheizy.

Foto anak pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam itu telah mnegejutkan ramai netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan adik-beradik cilik itu.

Pada 20 Disember lepas, Syatilla ada kongsikan video pendek menunjukkan aksi anak sulungnya, Syeriv berlari laju menuju ke adiknya.

Kelihatan Syeriv telah merempuh Sarima yang ketika itu berada di hujung katil dan disebabkan itu telah berlaku pelanggaran antara mereka sehingga mengakibatkan hidung Sarima berdarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Video tersebut diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam bilik pasangan itu.

Mujur Sarima tidak mengalami cedera teruk ketika kejadian itu berlaku.

Namun jelas kelihatan Syefiv agak bimbang dengan nasibnya selepas kejadian itu yang mana dia berkemungkinan akan dimarahi oleh kedua ibu bapanya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen mengatakan mereka berasa ngeri melihat keadaan Sarima itu.

Harapnya tak ada apa-apa perkara serius yang berlaku hendaknya.

Sumber foto: Instagram Syatilla Melvin

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Lelaki Ini Gigih Jual Kuda Harga RM7500, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

Namun, tahukah anda harga seekor kuda sebenarnya boleh mencecah sehingga RM10,000? Lebih-lebih lagi, jika kuda itu bersaiz besar dan telah dijaga dengan baik oleh tuannya.Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna yang bernama Afiq telah memuat naik beberapa keping foto kuda miliknya untuk dijual dengan harga RM7500.Walau bagaimanapun, ciapan tersebut yang pada mulanya kelihatan serius kerana Afiq betul-betul ingin menjual kudanya itu bertukar menjadi... Klik sini untuk baca […]

today21 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *