Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Gayakan Baju Nampak Bahu Dan Kain Berbelah, Penampilan Natasha Hudson Dipersoal Netizen

today6 January 2021

Background

Wanita dan fesyen memang tak dapat dielakkan kerana ia ibarat sifat semula jadi dalam diri mereka, namun dalam berfesyen itu perlulah berpada dan jangan sehingga mengabaikan larangan dalam agama.

Sebagai seorang selebriti, Natasha Hudson semestinya mahu sentiasa tampil anggun lebih-lebih lagi ketika menghadiri acara penting.

Namun nampaknya penampilan luar biasa Natasha telah menjadi persoalan dalam kalangan netizen kerana gaun yang digayakan olehnya telah menampakkan betis kaki serta bahagian bahunya (off shoulder).

Natasha memakai gaun tersebut ketika menghadiri majlis pelancaran sebuah produk kecantikan yang menyaksikan dirinya dan pelakon Keith Foo sebagai ikon produk tersebut.

“Saya malas nak dengar kata-kata orang yang tak berhenti bercakap walau apa pun kita buat. Saya tak kisah, lagipun bukan mereka yang suapkan makan.”

Walaupun dikecam hebat oleh netizen, Natasha mengambil keputusan untuk mengendahkan kritikan yang diterima dan menganggap bahawa netizen perlu bersikap lebih matang.

Menurut petikan daripada akhbar Kosmo, Natasha mengakui bahawa beliau masih tahu tentang batas seorang muslimah.

Sebelum ini, Natasha telah tampil memakai purdah pada 2016 dan mengambil keputusan untuk membukanya semula sekitar tahun 2019 yang lalu.

Sumber foto: Instagram Natasha Hudson

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

EPL catat rekod 40 kes Covid-19

London: Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam mengumumkan 40 kes baharu jangkitan Covid-19 membabitkan pemain dan staf yang juga rekod jumlah tertinggi dalam satu minggu. Pada masa sama, liga berkata protokol perlawanan akan diteruskan dengan pemain diuji dua kali seminggu. Keputusan bermula 28 Disember sehingga 3 Januari menyaksikan kes positif melonjak berbanding 18 yang dicatat minggu sebelumnya. Dalam kenyataannya, Liga Perdana berkata 28 kes positif dicatat hasil 1,311 ujian antara... Klik […]

today6 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *