Umum mengetahui, pelakon Kamal Adli pada 20 Disember telah membuat kejutan apabila melamar Uqasha Senrose menerusi satu program secara langsung yang di Putrajaya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah Kamal turut dilihat sedikit gementar ketika melutut dihadapan Uqasha.
“Kotak terbalik woii,” sorakan seorang penonton
Ada benarnya juga tu! Sepatutnya kotak cincin berkenaan haruslah menghadap ke wajah Uqasha kan?
Apa-apa pun, lamaran tersebut diterima Uqasha dengan memberi jawapan ya sambil disambut sorakan hadirin yang berada di situ.
Kamal kemudian menyarungkan cincin berlian tersebut di jari manis Uqasha sambil tersenyum lebar.


Tahniah Kamal, Uqasha semoga segala perkara yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan segala urusan.
Sumber foto:Â Kosmo!Â
Post comments (0)