Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Get Back To Ex” Intan Najuwa Beri Bayangan Kembali Dengan Bekas Tunang?

today22 January 2021

Background

Pelakon Intan Najuwa nampaknya seperti sudah memberi bayangan bahawa dirinya kini tidak lagi single dan sudah mempunyai kekasih hati!

Pin by Yasir Mihammadamin on Fesyen | Beauty, Girl hijab, Intan

Menerusi video TikTok yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Intan telah memilih status ‘taken’ yang menunjukkan hatinya itu sudah dimiliki oleh seseorang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa, 23 ?? (@intannajuwa)

Siapakah agaknya jejaka yang bertuah itu ya?

Apa yang lebih menarik lagi apabila video yang memperlihatkan Intan bersama dengan tiga lagi adik-beradik perempuannya itu turut memberi bayangan bahawa Intan sudah kembali bercinta bersama ‘bekas kekasihnya’.

Sepanjang penglibatan Intan dalam dunia seni, gadis kecil molek berusia 23 tahun itu tidak mempunyai gosip bercinta dengan mana-mana selebriti lelaki, melainkan hanya pernah putus tunang bersama dengan seorang ahli perniagaan pada sekitar 2020 yang lalu.

Tiada Persefahaman Punca Intan Najuwa Putus Tunang | Murai MY

Intan pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Razrul Anwar Rusli dan hubungan itu putus ditengah jalan disebabkan tidak sefahaman selepas Intan dilanda kontroversi bersama dengan pelakon Zul Ariffin menerusi  drama Setelah Aku Dimiliki.

Namun, sekitar awal Januari lalu ada berita mengatakan Intan memberitahu bahawa beliau masih lagi berhubungan rapat bersama dengan bekas tunangnya cuma ketika ini beliau lebih selesa untuk merahsiakan kisah peribadinya daripada pengetahuan umum.

Pada bulan Jun yang lalu, Intan ada memuat naik fotonya bersama dengan bekas tunang tanpa sebarang caption dan perkara itu membuatkan ramai peminat tertanya-tanya tentang status hubungan mereka.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja, mungkin ada berita baik daripada Intan tak lama lagi ke?

Sumber foto dan video: Instagram Intan Najuwa

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

BeFunky-collage – 2021-01-22T145016.766

Sosial

Ebit Lew Terima Lebih 40,000 Mesej Selepas Umum 100 Tablet Percuma Buat Pelajar

Berbeza dengan pembukaan sesi persekolahan tahun-tahun sebelum ini, kelengkapan peranti atau gajet seperti laptop dan telefon bimbit menjadi antara barangan paling laris (dan diperlukan) para pelajar sekolah untuk tahun ini. Menyedari ramai yang terkesan dengan pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) dek kerana tidak mempunyai peranti untuk belajar, pendakwah Ustaz Ebit Lew pada semalam mengumumkan pemberian seratus unit tablet kepada mereka yang memerlukan.

today22 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *