Hot FM

“Get Back To Ex” Intan Najuwa Beri Bayangan Kembali Dengan Bekas Tunang?

Pelakon Intan Najuwa nampaknya seperti sudah memberi bayangan bahawa dirinya kini tidak lagi single dan sudah mempunyai kekasih hati!

Menerusi video TikTok yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Intan telah memilih status ‘taken’ yang menunjukkan hatinya itu sudah dimiliki oleh seseorang.

Siapakah agaknya jejaka yang bertuah itu ya?

Apa yang lebih menarik lagi apabila video yang memperlihatkan Intan bersama dengan tiga lagi adik-beradik perempuannya itu turut memberi bayangan bahawa Intan sudah kembali bercinta bersama ‘bekas kekasihnya’.

Sepanjang penglibatan Intan dalam dunia seni, gadis kecil molek berusia 23 tahun itu tidak mempunyai gosip bercinta dengan mana-mana selebriti lelaki, melainkan hanya pernah putus tunang bersama dengan seorang ahli perniagaan pada sekitar 2020 yang lalu.

Intan pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Razrul Anwar Rusli dan hubungan itu putus ditengah jalan disebabkan tidak sefahaman selepas Intan dilanda kontroversi bersama dengan pelakon Zul Ariffin menerusi  drama Setelah Aku Dimiliki.

Namun, sekitar awal Januari lalu ada berita mengatakan Intan memberitahu bahawa beliau masih lagi berhubungan rapat bersama dengan bekas tunangnya cuma ketika ini beliau lebih selesa untuk merahsiakan kisah peribadinya daripada pengetahuan umum.

Pada bulan Jun yang lalu, Intan ada memuat naik fotonya bersama dengan bekas tunang tanpa sebarang caption dan perkara itu membuatkan ramai peminat tertanya-tanya tentang status hubungan mereka.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja, mungkin ada berita baik daripada Intan tak lama lagi ke?

Sumber foto dan video: Instagram Intan Najuwa

Exit mobile version